love story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

mangga member

Monday, August 23, 2010

Epilog Syurga Cinta - Drama Melayu Terbaru



Epilog Syurga Cinta merupakan drama melayu terbaru yang diadaptasikan dari filem melayu Syurga Cinta hasil lakonan Awal Ashaari, Heliza, dan adik Haziq. Ianya mula ditayangkan pada 2 Ogos 2010 dalam slot Akasia TV3 setiap hari isnin hingga khamis pada pukul 6.30 p.m dengan menggantikan drama Ilusi yang sudahpun tamat. Pelakon utama dalam Drama Epilog Syurga Cinta ini ialah Zizan Nin, Fida, Intan Ladyana, dan Mia Sara Nasuha.
Pada waktu petang buln pose ni,aku banyak free, so aku turut mengikuti drama ni dan aku paling suka tengok adik Mia tu. Pandai dia berlakon, aku suka tengok adik Mia ni sebab dia cukup cute, comel gilos..

Permulaan drama ni masih lagi biasa-biasa, maklumlah baru bermula dan belum sampai aksi klimaknya lagi. Kalau korang berminat dengan drama melayu, bolehlah korang layan drama ini. Berdasarkan sinopsis epilog syurga cinta, aku rasa drama ni macam best juga untuk dilayan sampai habis 24 episod, bolehlah layan sebelum berbuka puasa pada bulan ramadhan ...

No comments:

Post a Comment