love story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

mangga member

Monday, August 2, 2010

AKU MERINDU?



 
aku keje, aku main,aku belajar,aku jalan,aku makan
dan tiba-tiba hatiku terdetik
tersedar akan sesuatu
terdiam aku dan terpaku
aku merasa satu cengkaman rindu


aku keliru dengan rasaku ini
kecewa dengan hati yang jadi rindu
mengapa hati aku rindu kamu
sedangkan rindu itu tak perlu


aduh kenapa dengan aku?
sudah,cukup,janganlah merindu
tapi apakan daya
aku masih merindu
merindu kamu
kamu-
iya,benar,kamu
tidak-jangan berpaling ke belakang
kerana benar kamulah yang aku rindu
tak perlu toleh pada yang lain
kerana aku sedang berbicara tentang kamu
tentang rinduku padamu


mengapa kau tunduk?
apa kau tak percaya dengan rasaku?
apa salah rasa ini padamu?
ku tahu kau tak percaya
ku tahu juga ini salah
tapi apakan dayaku
hati wanitaku ini yang pendam rasa
lalu aku pendam abadi jadi rahsia
mengapa aku rahsiakan ia?
ada sebab mengapa rahsia kekal rahsia
kerana-


buat kamu
yang baitkan rindu ini
sudilah untuk kemari
datangi aku di sini
letih aku merindu bayangmu
andainya kau yang peluk hatiku
andainya kau yang genggam kalbuku


buatmu wahai insan dirindu
apabila telah terucap dari bibirku lafaz rindu
seharusnya kamu juga tampil terus padaku
untuk kau cium hangat lafaz rinduku
[gilakah aku?-ampunkan aku yang sesat dalam merindu]

No comments:

Post a Comment